January 16, 2013

7 Jenis wajah mayat di dalam kubur





1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-
kawan,syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya
tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.
Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini
banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi
sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari
baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa
yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau
kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap)
api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan
api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang
semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa [
hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak
contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta
haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan
mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih
busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial