January 16, 2013

Apa itu Cinta?


1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana is sudah ketentuan.

4.Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.

5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.
10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa,haruslah memastikan yg cinta kita utuh biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial