Cara Berjimat Dan Simpan Duit
1. Rancang Perbelanjaan
Setiap awal bulan aku akan buat benda ni. Mula mula aku akan campur semua baki gaji yang ada dengan gaji yang baru masuk campur income income tambahan. Lepas tu, jumlah yang aku dapat aku tolak lak dengan belanja bulanan tetap macam (bil air + bil api + internet + topup hanset (RM30 selalunya) + sewa rumah + insurans). Baki yang tinggal aku tolak ngan duit yang nak aku simpan. Dan last sekali baki yang tinggal emmm pandai pandai la aku guna.
2. Amanah Saham Bumiputera
2. Amanah Saham Bumiputera
Abah aku yang beriya iya suruh aku bukak akaun ni. Akaun ni kiranya menyimpan sambil melabur la. Dapat tambah duit simpan sikit. Jadi aku pun bukak la bulan 10 tahun lepas walaupun dari januari 2010 abah aku suruh bukak hehehe jawabnya dapat sikit la baru baru ni bonus yang saban tahun dapat tu sebab baru simpan beberapa ringgit je. Abah aku cakap kalau boleh simpan RM 500 sebulan. Dalam setahun aku dapat simpan RM 6000. Contoh kalau bonus hujung tahun 10 % dari simpanan, maka aku dapatlah la RM 600.
3. Kerja OT
3. Kerja OT
Kalau korang boleh buat OT, buat lah kalau nak tambah sikit pendapatan bulanan. Itu pun kalau korang rajin. Tapi pada aku, disebabkan dah tak ada cara lain nak tambah income, aku terpaksa la kerja lebih masa sikit. Tapi bukan setiap hari. No way!!! Aku pun malas gak. Aku akan kerja OT bila time cuti - cuti umum je macam tahun baru ke, Hari Satu Malaysia ke ataupun Thaipusam. Lepas tu buat double shif. Hehehe mata duitan tul. Bukan ape, kalau kerja OT time cuti2 ni boleh claim double. Contohnya la, kalau hari biasa sehari RM100 satu shif. Kalau cuti umum sehari RM200 satu shif, kalau dua shif dah RM400. sebab tu aku sanggup kerja bila orang lain bercuti. Lagi pun aku duk di perantauan (bajet oversea). Kalau cuti setakat sehari tak puas la balik kampung.
4. Mengurangkan Penggunaan Kereta
Ini bermaksud aku jarang keluar rayau - rayau la, gi sana gi sini gi situ. Aku guna kereta gi kerja je. itupun tak jauh 15 minit dah sampai. Lagipun hari minyak sekarang dah tak menentu. Memang akan naik. Jadi aku selalunya target dalam sebulan aku akan belanja RM100 untuk duit minyak. Kalau terlebih gak nak wat macam mana (Tak ralat la rasa kalau guna untuk sesuatu yang penting).
5. Tabung Duit Syiling
Dulu masa zaman sekolah ada la menabung sikit - sikit. Lepas tu langsung takde. Sampai la time kerja sekarang baru teringat nak menabung. Aku khususkan untuk duit syiling baki beli barang barangan runcit. Kalau disimpan dalam dompet, berat arr jadi. Lama lama koyak. Tu yang buat aku malas biar dalam tu je. Jadi aku buatkan satu tabung untuk duit - duit syiling ni. Sehari letak seposen pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit.
6. Mengawal Nafsu Makan
Ikut individu masing masing arr, bagi aku, aku ni kurang makan. 2 kali sehari pun dah cukup (pagi & petang). Seelok - eloknya masak sendiri kat rumah, lebih jimat. Tapi disebabkan aku ni langsung tak pandai masak, maka aku beli kat luar je arr. Untuk makan sehari aku belanja RM10 (31hari x RM10 = RM310) Kalau korang tak tahu la cukup ke tak sepuluh hinggit tu. Tapi kalau sekali sekali nak makan best no hal la. Layan je janji perut kenyang. Tapi pernah gak kurang RM5 aku makan dalam sehari hehehe
7. Tidak Berhutang
7. Tidak Berhutang
Dengan kawan ke, dengan bank ke, dengan ah long ke memang takde. Amatlah tidak digalakkan feel pinjam pinjam duit dan berhutang ni walau satu sen pun. PTPTN pun aku tak ambik (tak tahu la macam mana perancangan akan datang mana tahu nak sambung study).
8. Ada Insurans Peribadi
Penting bagi seseorang itu ada insurans nyawa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kat kita pada hari mendatang. Insurans lak ada macam - macam. Insurans nyawa la, insurans kereta la, insurans harta la. Satu lagi, insurans mulut boleh?
9. Ada Simpanan Kecemasan
8. Ada Insurans Peribadi
Penting bagi seseorang itu ada insurans nyawa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kat kita pada hari mendatang. Insurans lak ada macam - macam. Insurans nyawa la, insurans kereta la, insurans harta la. Satu lagi, insurans mulut boleh?
9. Ada Simpanan Kecemasan
Malang tidak berbau. Itu lah pepatah orang orang lama kalau kita tiba - tiba menghadapi sebarang musibah. Aku kena pastikan ada sejumlah wang tertentu tersimpan kemas dalam bank. Jangan keluarkan. Jangan gunakan. Kecuali kalau ada kecemasan yang tidak diduga.
10. Perancangan Jangka Panjang
10. Perancangan Jangka Panjang
Ini kira penjimatan dan simpanan wang dengan gigih di mana aku nak guna sejumlah wang itu pada waktu yang ditentukan nanti. Selalunya wang diperlukan adalah dalam nilai yang besar.
No comments:
Post a Comment