January 16, 2013

cara nak naikkan berat badan


Cara Nak Tambah Berat Badan.


Senaman Angkat Berat


Kalau korang pakai seluar saiz XS dan baju shirt adik pun masih longgar, maknanye korang berada dalam kategori kurus atau keding. Bagi lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan anda selain makan ialah dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan, kekurangan anda dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“.Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.








Ambil Banyak Protein


Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protein membuatkan tubuh anda “mencuri” protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protein dalam diet harian anda. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu, kacang dan bijian. Jadi, banyakkan makan makanan seperti ne untuk menaikkan berat badan anda. Tetapi kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.






Rehat Dengan Secukupnya


Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus tidur. Kalau buat macam tu bukan setakat badan naik, terus jadi obes kot. Rehat yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan makan makanan yang mengandungi protein. Semasa anda tidur, makanan yang anda telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot anda. Jangan lupa, korang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.






Ambil Supplement


Kalau sume cara di atas tak berkesan jugak untuk korang tambah berat badan, apa kata kalau korang cuba ambil supplement. Kalau pergi ke farmasi, berbagai-bagi jenis weight gain yang korang boleh pilih. Siap ada perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife. Kalau korang guna produk ne ianya juga akan membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta muscle otot.




Makan Coklat

So,korang beli dan makanlah coklat banyak-banyak. Manalah tahu kot-kot menjadi. Lagipun coklatkan mengandungi susu. Lebih-lebih lagi kalau coklat cadbury. Tak ingat dunia dunia makan.


No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial