January 14, 2013
HADIS BERKAITAN ILMU
Hadith berkaitan Ilmu
Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".
Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid-murid(pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap-tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk tiap langkah satu kota di syurga, dan tiap ia berjalan dimintakan ampunan oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka".
(Hadith riwayat Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)
Dari Abu Said'al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amal yang utama di atas bumi ini tiga: Penuntut ilmu,jihad dan usaha kerja, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad waliyullah dan yang usaha pekerjaan siddiqullah(orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)".
(Hadith diriwayatkan Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)
Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud :
" Jadilah kamu sebagai seorang ulama' atau penuntut ilmu atau mendengar majlis ilmu atau kasih kepada ilmu. Janganlah kamu termasuk golongan yang kelima nescaya kamu akan binasa."-
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)
Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".
(HR Tabrani)
Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)
Labels:
DUNIA ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment