January 16, 2013

KAD DISKAUN SISWA





Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)


pada 06/07/2012


Beberapa hari lepas, saya terbaca berita Timbalan Perdana Menteri

melancarkanKad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), dengan tujuan untuk

membantu IPTA dan IPTS menghadapi kenaikan kos harga barangan.

Kad diskaun KDS1M akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.


Pelajar perlu menunjukkan KADS1M berserta Kad Pelajar sebagai bukti

untuk mendapat diskaun. Pelajar tidak perlu memohon sebaliknya maklumat

pelajar akan diberikan oleh IPT kepada kementerian dan pihaknya

mengutamakan pelajar tahun akhir terlebih dahulu.


Katanya, kerajaan tidak menanggung sebarang kos,

sebaliknya ia merupakan pendekatan ‘tanggungjawab sosial korporat’

oleh Bank Rakyat yang membiayai kos pengeluaran kad,


Khabarnyanya idea bernas daripada Mesyuarat Majlis Perundingan

Pelajar Kebangsaan (MPPK) ini menawarkan kadar diskaun antara

lima hingga 60 peratus. Dah ada 51 syarikat yang bersetuju untuk

memberikan diskaun melalui kad KDS1Mmeliputi buku, alat tulis,

pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga

percutian.


Saya ada 2 anak lelaki yang sedang belajar di institut pengajian tinggi.

Sebagai ibubapa yang menyara pengajian anak-anak saya juga berminat

untuk mencari informasi mengenai barangan atau syarikat yang

memberikan diskaun tersebut.


******************************


Syarikat dan Koperasi yang menawar (KDS1M) .


Kedai Buku
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
Borders (hanya di KL)
Rona
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad


*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk,

kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.


Pakaian
Bata
Ifamily
Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino


*Bata – Discount 10%

*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad –

Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih

Syarat

1. Pakaian Batik

• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)

• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)

• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)

• 30% (Kain pasang cotton/fuji)

• 25% (Kaftan)


2. Songket

• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)

• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)


3. Samping

• 20% (Corak istana)

• 20% (Corak bunga abor)


Kesihatan
Poliklinik An-Nisa’
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry


Makanan dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend’s Claypot Briyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Product
Gloria Jean’s Coffees
Bangi Kopitiam


KFC – Diskaun 5%

Syarat

1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.

2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.


A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian

minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter


Penginapan



Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel Sdn. Bhd.


Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja


Salun / Pusat /Produk Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad


*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%


*Proactiv – Diskaun 5%

Syarat

1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas

dan Galaxy Ampang sahaja

2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain

3. Tidak sah semasa event/ roadshow

4. Diskaun:-

• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%

• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%

• Semua single item – diskaun 5%


Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad


Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih


Syarat
Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi


Lain-lain
Bkz Bikerz
Roller Star Arena
Double Site
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
Mydin

No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial