Lionel Messi ketika menerima anugerah pemain terbaik Ballon d’Or.
Seperti yang dijangkakan, Lionel Messi dinobatkan pemain terbaik Ballon d'Or buat kali keempat berturut-turut dengan menewaskan pencabar terdekat Cristiano Ronaldo.
Sebelum majlis anugerah bermula, Presiden FIFA Sepp Blatter menyentuh tentang isu yang sentiasa melanda bolasepak iaitu isu perkauman di mana beliau ingin langkah yang tepat diambil untuk mengakhiri isu ini.
Sementara itu, anugerah jurulatih terbaik jatuh kepada pengurus Sepanyol Vicente del Bosque yang berjaya membimbing La Roja menjulang trofi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.
Del Bosque menewaskan dua pencabar terdekat, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan bekas pengurus Barcelona Pep Guardiola.
Acara kemuncak tentu sekali pemain terbaik yang sekali lagi dianugerahkan kepada Lionel Messi yang menyaksikan bintang Argentina itu menjaringkan 91 gol buat Barcelona dan Argentina.
Jumlah undian yang diterima Lionel messi ialah 41.6% sementara Cristiano Ronaldo menerima 23.68% undian, Andres iniesta yang paling sikit undian dengan hanya 10.91%.
No comments:
Post a Comment