January 18, 2013

JOSE MUNGKIN KE AC

AC Milan sedang merancang untuk menggagalkan kepulangan semula Jose Mourinho ke Liga Perdana musim panas ini.

Gergasi Itali itu berminat membawa The Special One kembali ke San Siro dan mengulangi tempoh amat bermakna dengan rival tempatan Inter.

Mourinho, yang dijangka meninggalkan Real Madrid musim panas ini, mungkin terdorong - terutamanya ketika kemungkinan kian memuncak bahawa dia akan membuat kepulangan emosi ke bola sepak Inggeris akhir musim ini.

Alex Ferguson telah berikrar untuk terus berada di Manchester United manakala Pep Guardiola menuju ke Manchester City.

Tottenham dan Liverpool baru-baru ini melantik jurulatih muda iaitu Andre Villas-Boas dan Brendan Rodgers, dan kedua-duanya mempunyai belanjawan yang terhad. Itu meninggalkan hanya Arsenal atau bekas kelab Mourinho, Chelsea.

Arsene Wenger sudah 17 tahun bersama The Gunners dan bos sementara Chelsea, Rafael Benitez mungkinkekal jika dia selesai dalam tiga teratas dan memenangi trofi.

Jadi Mourinho mungkin terhad kepada tiga kelab - Milan, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich. Daya tarikan Milan, sebagai antara kelab paling berjaya di dunia, tentunya akan menjadi faktor menarik. 

Presiden Milan, Silvio Berlusconi telah berjanji untuk membawa semula kejayaan kepada kelab. Dia mengakui telah gagal dalam usaha membawa masuk bekas bos Barca, Guardiola. Jadi sekarang Mourinho menjadi sasaran utama Milan - jika mereka mampu memenuhi gaji £13.5 jutanya


No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial