January 14, 2013

Ferguson lega..


Ferguson lega
1/14/2013



Robin van Persie (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

Bos Manchester United Sir Alex Ferguson mengakui dia lega selepas pasukannnya berjaya menewaskan Liverpool 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kemenangan itu membantu United untuk berada di takhta Liga dengan tujuh mata (55 mata) di depan Manchester City (48) dan 14 mata meninggalkan Chelsea (41).

Ferguson berkata: "Barisan pertahanan kita agak tidak menentu dalam masa yang terdesak. Namun kita berjaya melepasinya. Ada tempoh yang memaksa anda untuk bertahan, ia adalah salah satu daripada permainan".

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, United bermula garang dengan membuka dua gol masing-masing menerusi Robin van Persie (M19) Nemanja Vidic (54) sebelum pelawat merapatkan jurang dengan jaringan Daniel Sturridge di minit ke 57.

"Aksi kita di separuh masa pertama sehingga jaringan kedua adalah sangat hebat. Bagaimanapun, kita terpaksa bekerja keras sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan. Saya amat bangga.

"Kemenangan keatas Liverpool adalah penting, tidak kisah walaupun ia perlawanan liga," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial