January 16, 2013

CINTA TIDAK BERBALAS


Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. right ??

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang tu, kalau tak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial