January 15, 2013

BILA BURUNG PEMBAWA BERITA DAN ANJING PENGESAN MENJADI BISU

anjing-01anjing-02

Burung Pembawa Berita Dan Anjing Pengesan Menjadi Bisu
Berkaitan dengan keajaiban yang dianugerahkan oleh Allah, lain kisahnya dengan Syeikh Fatih Ulwan – seorang guru mengaji dan penghafal Al-Qur’an yang bermukim di kota Jabaliya di utara Jalur Gaza.

Beliau mengisahkan bahawa banyak sekali munculnya keajaiban-keajaiban Allah ketika mereka diserang atau saling menyerang sekitar tahun 1992 sehingga tahun 1993, mahupun pada tahun 2009 sampai awal tahun 2010.

Suatu malam ketika tentera Yahudi menceroboh masuk ke kota Jabaliya dengan tujuan meledakkan sebuah rumah yang dicurigai oleh mereka sebagai rumah para pejuang, mereka menghantar masuk anjing pengesan terlebih dahulu. Anjing seperti itu biasanya akan memeriksa dengan cekap samada sesuah tempat mempunyai penghuni atau tidak.

Beberapa minit kemudian anjing itu keluar tanpa menyalak mahupun mengeluarkan suara.

Menurut Syeikh Fatih, sebenarnya memang ada penghuni dan mereka sudah mengetahui bahawa di luar rumah itu ada tentera Yahudi yang sudah benar-benar bersiap untuk menembak dan membunuh mereka.

Subhanallah ternyata anjing tersebut tidak melihat siapapun di dalam rumah. “Jelas sekali Allah telah menundukkan dan menjinakkan anjing tersebut,“ kata Syeikh Fatih.

Setelah anjing pulang kepada mereka, tentera Yahudi terus cuba untuk masuk ke dalam rumah tersebut yang ternyata sekali para penghuninya sudah bersiap untuk menembak. Tembakan berlaku, akhirnya 10 orang askar Yahudi mati terbunuh.

Syeikh Fatih juga menceritakan tentang satu lagi kisah anjing pengesan yang tidak boleh berbuat apa-apa. Kisah ini terjadi pada sekitar tahun 1993 ketika tentera Yahudi benar-benar menduduki Jalur Gaza.

Suatu malam ada seorang pemuda yang hendak memasuki markas tentera Yahudi yang terletak di antara Gaza City dan Rafah. Pemuda tersebut berniat sendirian untuk menghadapi puluhan bahkan ratusan tentera Yahudi, bergerak mencuri masuk ke markas sekitar jam 2 pagi.

Markas tersebut dikelilingi dan dijaga oleh anjing pengesan yang bersedia menggigit bahkan siap merobek sesiapa sahaja yang masuk ke markas tersebut pada waktu malam. Jelas sekali puluhan anjing-anjing terlatih ini sudah melihat pemuda tersebut, tetapi mereka hanya  melihat dan terus duduk dan menundukan kepala, tidak menyalak. Setelah masuk ke dalam markas, pemuda tersebut menelefon ibunya dan memberitahu perkara yang dia lalui ketika cuba masuk ke situ. Ibunya menjawab, “Allah bersama kamu wahai anakku, jangan lupa solat malam!” Pemuda tersebut terus meluangkan waktu untuk solat malam sambil menunggu waktu yang telah dia tentukan untuk menyerang tentera Yahudi yang sedang  tidur nyenyak. Waktu untuk menyerang pun tiba dan puluhan askar Yahudi terbunuh, pemuda tersebut pun juga akhirnya mati syahid.
Kisah yang ketiga dari Syeikh Fatih mengenai burung pembawa berita ketika tentera Yahudi merancang serangan untuk membunuh rakyat di kota Jabaliyah di waktu siang. Ketika bala tentera Yahudi bergerak menuju ke Jabaliyah tiba-tiba ratusan burung berterbangan di atas langit kota tersebut. Rakyat Jabaliyah sendiri menjadi kebingungan kerana inilah buat pertama kali mereka melihat ratusan burung yang berterbangan. Seorang tua dari kalangan mereka mengatakan bahawa ini adalah isyarat dan bantuan Allah menandakan tentera Yahudi akan menyerang mereka.

Rakyat Jabaliyah terus bergegas dan bersiap-siap untuk berhadapan dengan tentera Yahudi. Sebelum tentera Yahudi memasuki kota Jabaliyah, para pejuang sudah bersiap siaga di perbatasan dan pertempuran berlaku. Subhanallah jika tidak ada isyarat dari burung pasti tentera Yahudi membunuh rakyat Jabaliyah habis-habisan, Allahu Akbar.


No comments:

Post a Comment

Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial