Showing posts with label DUNIA JIWANG. Show all posts
Showing posts with label DUNIA JIWANG. Show all posts

January 16, 2013

Apa itu Cinta?


1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana is sudah ketentuan.

4.Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.

5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.
10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa,haruslah memastikan yg cinta kita utuh biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esa.

ADAB DALAM KEHIDUPAN

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN




Detik percintaan adalah satu detik yang sangat hebat rasanya. Hanya mereka yang sedang bercinta dan pernah alaminya saja tahu betapa indahnya perasaan itu.

Namun, apabila sedang hanyut dibuai rasa, perlu diingat bahawa tiap apa yang kita lakukan perlu ada batasnya. Hubungan yang terjalin walaupun suci tetapi ia tetap belum halal di sisi agama.

Sejauh mana sayang kita terhadap si dia masih lagi ada jarak antara kita dan dia. Andai kata kita yakin itu adalah jodoh yang Allah tentukan buat kita segerakanlah menuju ke arah perkahwinan. Ingat, percintaan bukan hanya satu persinggahan perasaan.

Cinta adalah ikatan dua hati yang sangat tulus dan murni. Cinta tanpa matlamat hanya akan jadi sia-sia saja. Maka, apabila jatuh perasaan sayang terhadap seseorang perlulah kita sasarkan matlamat untuk mencapai kata sepakat menyimpul ikatan murni tersebut.

DUHAI CINTA..

01.Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..

02. Andai kau dapat melihat hatiku, Andai saja kau dapat membaca fikiran, Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku, Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku, Cintailah aku dengan kesungguhanmu

03. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

04. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

05. Hello..Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!

06. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

07. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
08. Luahan Cinta Ibarat Kentut, ditahan sakit, dilepas malu, dah keluar..fuhhh! Lega!!!

09. Jika kau hidup sehingga 100 tahun, aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..

10. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.

11. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

12. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

13. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

14. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

15. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

16. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

17. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…

18. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

19. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

20. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

21. Cintaku bukan ibarat kertas, Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…

22. Jika mencintaimu satu kesalahan..biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..

23. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

24. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..

25. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!

26. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

27. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, Air mata kerana kekasih 1penyesalan, Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

CINTA TIDAK BERBALAS


Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. right ??

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang tu, kalau tak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

January 15, 2013

cara nk hilangkan stress...

ANDA STRESS...


1. Amik kunci moto kawan korang,
    round bandar sampai abis minyak...muahaha

2. Pakai glove,dok tepi kawan korang..then penumbuk dia sebiji...^^

3.Beli henpon terbaru sperti samsung galaxy tablet,sampai rumah..buang dalam tong sampah...


4.Pinjam henpon kawan korang,letak lam mesin basuh dan tekan start..


5.Baling batu kat sekor anjing dan tanpa rasa bersalah,senyum kat beliau.

6.Pergi ke bengkel kereta,tanya tuan kedai,"ada jual gula x?"...


7.Pergi ke kedai runcit,tanya tuan kedai,"ada jual kereta x?"...



adakah anda brani???selamat mencuba...muahaha ^^v..

JIWANG SLAMBER BERSAMA



WAHAI KAUM LELAKI,,WANITA ITU HIASAN DUNIA



Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Lagu: Isman Isam
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Lirik: Ito Lara
Gurindam Entertainment


Blogroll

Blogger Widgets
Blogspot Tutorial